PM ucap tahniah kepada skuad hoki, Azizulhasni

PM ucap tahniah kepada skuad hoki, Azizulhasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki lelaki negara atas kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Belanda dan Belgium.

Perdana Menteri berkata, pencapaian itu lahir daripada kerja keras, disiplin tinggi serta semangat juang luar biasa yang ditunjukkan oleh pemain bersama pasukan kejurulatihan.

“Namu,n saya percaya masih terdapat ruang untuk The Speedy Tigers memperkemas permainan serta meningkatkan prestasi menjelang saingan di pentas Piala Dunia nanti.

“Seluruh rakyat Malaysia pastinya akan memberi sokongan dan dukungan berterusan buat kalian,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Skuad hoki lelaki negara tewas 4-5 kepada Jepun pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat pada Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir pada Sabtu.

Bagaimanapun, skuad negara berkemungkinan masih layak ke Piala Dunia Hoki 2026 Belanda-Belgium, apabila ranking dunia semasa menyaksikan Malaysia di tangga ke-15.

Pasukan kebangsaan mengatasi Wales di tangga ke-16 dan Poland di tangga ke-20 yang beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat dalam satu lagi pusingan kelayakan.

Dalam perkongsian berasingan, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah buat lagenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atas kejayaan menjuarai acara keirin pada saingan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 di Perth, Australia.

“Saya mendoakan semoga The Pocket Rocketman terus cemerlang dan membawa lebih banyak kejayaan buat negara pada kejohanan akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×