BANGKOK: Kejayaan membolot empat pingat emas dan satu perak pada Sukan SEA Thailand 2025 menjadi pencetus semangat skuad berbasikal trek negara dalam mempersiapkan diri menghadapi cabaran lebih getir tahun depan. Ketua jurulatih negara, Harnizam Basri berkata, momentum kemenangan di Thailand ini ditagih memandangkan skuad negara bakal berdepan jadual yang padat dan kritikal, termasuk permulaan fasa kelayakan ke Sukan Olimpik. Menurut Harnizam, tahun hadapan disifatkan sebagai ‘tahun besar’ buat kem berbasikal…










