Segerakan EGM pilih presiden baharu

Segerakan EGM pilih presiden baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia disaran segera mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi melantik presiden baharu badan induk tersebut.

Pemerhati bola sepak tempatan, yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata, langkah itu perlu diambil berikutan FAM teruk dikritik ekoran isu pemalsuan dokumen pemain warisan.

Jelasnya, jika FAM lambat mengambil tindakan, dikhuatiri penaja utama badan induk tersebut akan angkat kaki.

“Dalam keadaan sekarang, kita boleh lihat FAM teruk dikritik oleh penyokong tempatan dan ada kemungkinan ancaman penarikan diri daripada pihak penaja.

“Malah, seperti yang kita tahu MSN (Majlis Sukan Negara) juga membekukan bantuan kewangan kepada badan induk tersebut dan jika dibiarkan, masalah lain pula akan timbul,” katanya.

Nama baik FAM terjejas teruk apabila badan induk itu terpalit dengan isu pemalsuan dokumen yang membabitkan tujuh pemain warisan.

Ekoran daripada isu tersebut, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan supaya tiada dana tambahan disalurkan buat sementara waktu kepada pasukan bola sepak kebangsaan sehingga keyakinan pulih dengan pentadbiran FAM.

Ditanya sama ada pemangku FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi antara individu yang sesuai untuk menduduki kerusi No. 1 badan induk itu, Zulakbal tidak menafikannya.

“Daripada segi pengalaman yang luas dalam bola sepak di negara ini, tidak dinafikan beliau antara yang sesuai tetapi dengan syarat.

“Jika beliau dilantik, ahli jawatankuasa yang lain perlu sama-sama bekerja keras dan kalau setakat mahu mencari populariti lebih baik tidak payah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN