TOKYO: Kuartet 400 meter (m) negara yang dibarisi oleh Muhammad Zamir Azman, Muhammad Zumar, Azlan Kuste dan Muhammad Shahrul Azmeer Azman mencipta kejutan sensasi apabila layak ke acara akhir Sukan Deaflympics 2025 di Komazawa, semalam. Beraksi dalam aksi pusingan pertama saringan kedua, kuartet negara menduduki tempat kelima dengan catatan 3 minit 33.94 saat (s) dan pada awalnya dikira gagal mara ke acara akhir. Namun, peluang ‘kedua’ muncul apabila Amerika Syarikat…










