AMSTERDAM: Pengendali Belanda, Ronald Koeman menyifatkan Matthijs de Ligt berhak disenaraikan dalam skuad kebangsaan semula selepas memperagakan aksi cemerlang bersama Manchester United. De Ligt yang menjaringkan gol penyamaan lewat permainan ketika menentang Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu, menggantikan Stefan de Vrij dari Inter Milan yang digugurkan bagi dua aksi kelayakan Piala Dunia menentang Poland dan Lithuania. Belanda kini mendahului kumpulan dengan kelebihan tiga mata berbanding…










