PETALING JAYA: Semangat juang tinggi kunci utama skuad hoki lelaki bawah 18 tahun (B-18) negara berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Mirnawan selepas menewaskan Jepun 4-3 dalam aksi final penuh dramatik di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, kelmarin. Ketua Jurulatih, Nor Aqmal Abdul Ghaffar nyata berpuas hati meskipun terpaksa beraksi dengan kekurangan pemain selepas dua layangan kad kuning. “Saya hanya ingatkan mereka kita mesti menang dan bawa pulang piala ini untuk Malaysia.…










