Sambar peluang kunci kemenangan besar TFC

Sambar peluang kunci kemenangan besar TFC

PENJAGA gawang Kelantan The Red Warrior FC , Muhammad Azfar Arif (kanan) menghalang bola percubaan pemain Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, kelmarin. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Keupayaan memanfaatkan peluang terhidang menjadi kunci kejayaan Terengganu FC (TFC) ketika membenam Kelantan The Real Warriors FC (TRW FC) 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, kelmarin..

Penyerang import TFFC dari Perancis, Yann Mabella muncul wira dengan dua jaringan peribadi manakala Nurillo Tukhtasinov dan Diego Landis turut mencatat nama selaku penjaring.

TRW kendalian E. Elavarasan sebaliknya hanya mampu memperoleh gol saguhati menerusi pemain gantian, T. Saravanan pada babak kedua.

Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali berkata, keserasian yang semakin baik selepas sembilan perlawanan termasuk saingan Piala FA serta disiplin tinggi tanpa kesilapan mudah, membantu melonjakkan prestasi pasukan.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Kemaman itu mengakui sedikit cemas apabila TRW merapatkan jurang kerana anak buahnya mula memperlahan tempo.

“Tiga mata ini sangat bermakna selepas tewas kepada Kuala Lumpur City FC minggu lalu. Tahniah kepada pemain yang menunjukkan semangat juang tinggi terutama pada separuh masa pertama,” katanya selepas perlawanan.

Menurut Badrul Afzan, kemenangan besar di depan ribuan penyokong sendiri memberi suntikan motivasi dan membuktikan keserasian pemain semakin mantap.

Sementara itu, mengenai penampilan pertama import baharu, Kyaw Min Oo yang dimasukkan pada pertengahan babak kedua, beliau berkata, pemain itu baru pulih daripada kecederaan dan tidak mahu mengambil risiko walaupun dia teruja mahu beraksi.

Skuad Penyu seterusnya dijadual menentang Kuching City FC di laman sendiri pada 18 Oktober ini bagi aksi pertama suku akhir Piala FA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN