PETALING JAYA: Pelantikan peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz cukup penting dalam usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FM) melindungi pemain dan menjaga integriti bola sepak serta pasukan kebangsaan Reputasi dan kredibiliti Vittoz bakal menjadi sandaran FAM untuk berdepan hukuman yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan. Peguam daripada firma Charles Russell Speechlys yang berpangkalan di Zurich, Switzerland itu memiliki kepakaran dalam mengendalikan kes membabitkan organisasi…