Selamat tinggal Piala Asia?

Selamat tinggal Piala Asia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian skuad kebangsaan untuk sekali lagi di pentas Piala Asia kabur susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengekalkan hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya berhubung pemalsuan dokumen.

Susulan CAS mengekalkan hukuman FIFA sebelum ini, kutipan mata dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 berisiko terjejas, namun segala kemungkinan tersebut hanya dapat dimuktamadkan oleh Konfe­derasi Bolasepak Asia (AFC) .

Bersandarkan kes-kes lalu, hukuman penolakan mata se­ring dikuatkuasakan FIFA mahupun AFC jika terdapat salah laku dalam kalangan pasukan yang menurunkan pemain tidak sah.

Kelmarin CAS mengekalkan hukuman FIFA terhadap FAM dan tujuh pemain warisan walaupun mahkamah timbang tara sukan itu memberi sedikit kelonggaran dengan membenarkan tujuh pemain terbabit berlatih bersama pasukan tetapi tidak boleh terlibat dalam perlawanan rasmi.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John mengesahkan badan induk bola sepak Asia itu telah menerima keputusan CAS dan kes berkenaan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Etika.

“AFC mengambil maklum mengenai keputusan dibuat oleh CAS pada 5 Mac 2026 berhubung FAM dan beberapa pemain berkaitan pelanggaran Kod Disiplin FIFA.

“Sebarang keputusan akan ikut proses ditetapkan dan kemungkinan mengambil masa seminggu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN