Siapa calon 'panas' Presiden FAM?

Siapa calon ‘panas’ Presiden FAM?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa nama kini menjadi sebutan untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu.

Antara nama ‘panas’ yang menjadi sebutan ialah Datuk Ab Ghani Hassan, namun Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu pantas menepis dakwaan berkenaan.

Ab. Ghani yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak negara lebih selesa untuk mengunci mulut berhubung perkara itu dan menyifatkannya khabar angin semata-mata.

Terdapat juga ura-ura bekas presiden, Tan Sri Hamidin Mohd Amin akan membuat kemunculan semula merebut jawatan No.1 FAM itu, namun setakat ini tiada pengesahan.

Jawatan itu turut menarik minat Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yang secara terbuka menawarkan diri bertanding jawatan itu sebelum ini.

Dalam masa yang sama, pemerhati bola sepak turut berharap tokoh korporat seperti Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Tony Fernandes diberi peluang mengubah wajah bola sepak tempatan.

Sementara itu, Ab Ghani mengambil pendekatan kunci mulut dengan ura-ura namanya sebagai calon hangat untuk dipilih sebagai presiden baharu FAM.

Mengambil kira pengalaman luasnya dalam arena bola sepak negara, Ab Ghani tidak mahu mendahului mana-mana pihak dan memilih untuk memberi keutamaan kepada peranannya bersama MFL selaku penganjur Liga Malaysia.

“Tiada komen. Kita tidak boleh menentukan orang mana mana (ciri-ciri yang layak dicalonkan ada pemilihan FAM). Itu sekiranya (jika dicalonkan oleh ahli gabungan), perkara yang masih belum berlaku.

“Susah (nak) cakaplah, saya masih lagi Presiden MFL sekarang dan tumpuan saya berikan kepada MFL,” katanya yang tidak mahu mendahului mana-mana proses dalam pemilihan badan induk bola sepak negara itu.

Ketika ini, FAM tanpa peneraju selepas Datuk Mohd Joehari Ayub melepaskan jawatan presiden Ogos tahun lalu sebelum barisan ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) turut mengikut jejak langkah sama pada hujung Januari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×