MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menyifatkan kemenangan 4-2 pasukannya ke atas Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford sebagai lebih bermakna berbanding kejayaan menundukkan Liverpool minggu lalu. Dalam perlawanan itu , Bryan Mbeumo meledak dua gol manakala Matheus Cunha dan Casemiro masing-masing menambah satu jaringan untuk memastikan kemenangan ketiga berturut-turut United yang yang tidak pernah dicapai sejak Ogos 2024 sebelum Amorim mengambil alih…










