PETALING JAYA: Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menyuarakan kebimbangan terhadap tahap kecergasan dua jaguh negara, Muhamad Aniq Kasdan dan Muhammad Erry Hidayat ketika Sukan SEA Thailand semakin hampir Disember ini. Presidennya, Datuk Ayub Rahmat berkata, kedua-dua atlet cedera selepas menyertai beberapa kejohanan antarabangsa baru-baru ini. Katanya, Aniq mengalami kecederaan ketika beraksi di Kejohanan Asia di China manakala Erry pula mengalami masalah kecederaan sewaktu saingan di Kejohanan Angkat Berat Dunia di…