PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Badan induk itu dalam satu kenyataan berkata, jawatankuasa bebas yang ditubuhkan itu tidak akan membabitkan mana-mana individu daripada FAM bagi memastikan proses siasatan dapat dilaksanakan secara adil, telus dan profesional. “Tun Md Raus memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan…










