GELOMBANG hijau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), menyaksikan Perikatan Nasional (PN) diterajui Pas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di Perlis. PN mencapai kemenangan cukup selesa dengan menguasai 14 daripada keseluruhan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tanpa meninggalkan satu kerusi sekali pun kepada BN. Ia prestasi terburuk dalam sejarah BN di Perlis. Daripada jumlah itu, Pas menguasai sembilan kerusi manakala Bersatu dengan…










