KETERLIBATAN kanak-kanak dan remaja dalam salah laku berkaitan buli, seks dan jenayah bawah umur kini cenderung dilaporkan di media massa dan media sosial. Secara kumulatif, laporan peratusan salah laku yang melibatkan kes keganasan seksual terhadap kanak kanak yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan kes berkaitan salah laku seksual sejak 2020 hingga 2024, dengan 6,462 kes. Manakala salah laku berkaitan buli juga menunjukkan peningkatan kes seramai…