De Kleijn, Malucelli hangatkan ‘perang pecut’

De Kleijn, Malucelli hangatkan ‘perang pecut’

Kelompok pelumba melakukan pecutan di selekoh akhir pada jarak 500 meter ke garisan penamat dalam perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 dari Gerik-Pasir Puteh, Kelantan, semalam. Perlumbaan peringkat ketiga itu dimenangi pelumba pasukan XDS Astana, Matteo Malucelli. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Api persaingan merebut gelaran raja pecut kembali membara di pentas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 apabila jaguh Belanda, Arvid de Kleijn (Tudor Pro Cycling) dan sprinter Itali, Matteo Malucelli (XDS Astana) muncul sebagai pencabar utama jersi oren.

Kedua-duanya sudah pun meraih kemenangan peringkat, menjadikan perebutan gelaran pecut edisi ke-29 ini semakin dramatik.

Musuh ketat sejak musim lalu itu kembali mencuri perhatian selepas Malucelli menafikan De Kleijn dengan kelebihan hanya dua mata (80-78) untuk merangkul jersi oren LTdL 2024.

“Matteo menang semalam(kelmarin), saya pula menang hari ini(semalam). Jadi saya katakan kepadanya, biarlah kita teruskan persaingan ini hingga ke penghujung. Ini pertarungan yang adil dan menyeronokkan,” kata De Kleijn.

Meskipun mengidam kejayaan lebih besar, pelumba berusia 30 tahun itu tetap berpijak di bumi nyata apabila mengakui rekod 24 kemenangan peringkat milik legenda Itali, Andrea Guardini masih jauh untuk digugat.

“Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu. Tetapi 24 kemenangan itu terlalu banyak. Saya hanya harap masih ada beberapa tahun lagi di sini untuk cuba mendekatinya,” jelasnya.

Apa yang pasti, saingan dua pakar pecut Eropah ini dijangka terus menghangatkan LTdL 2025 dengan siri penamat hujung garisan yang mendebarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×