KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski menegaskan beliau sama sekali tidak berniat untuk menyinggung atau tidak menghormati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan kenyataannya selepas aksi menentang Laos di Vientiane, Khamis lalu. Tindakan itu menyebabkan ramai pihak mempersoalkan tentang dirinya namun jurulatih kelahiran Australia itu, berkata kenyataannya itu hanyalah merujuk kepada apa yang diumumkan FAM mengenai isu dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikemukakan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).…