LONDON: Bos Manchester United yang kini sedang dikritik hebat, Ruben Amorim seharusnya meninggalkan kelab itu secepat mungkin dan menamatkan tempoh perkhidmatannya yang dianggap ‘malapetaka’, menurut Jamie Carragher. Legenda Liverpool itu percaya Amorim, yang membawa United ke tangga ke-15 musim lalu dan kini hanya di kedudukan ke-14, perlu berundur. Kekalahan 3-1 kepada Brentford pada Sabtu lalu antara detik paling memalukan yang meningkatkan lagi tekanan terhadapnya. “Saya rasa dia masih kekal sebagai…










