Suphanat punca JDT tumbang

Suphanat punca JDT tumbang

TONGGAK Johor Darul Ta'zim (JDT), Joao Figueiredo antara pemain yang tidak diturunkan dalam aksi ACLE berdepan Machida Zelvia, malam ini.-IHSAN JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelicikan penyerang sensasi pasukan Buriram United, Suphanat Mueanta nyata menjadi mimpi ngeri buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila menghukum Harimau Selatan  2-1 dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Buriram, kelmarin.

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengakui kelicikan penyerang muda sensasi Buriram United itu menjadi pemusnah Harimau Selatan untuk meraih tiga mata penuh di tempat lawan.

JDT yang memburu tiga mata penuh bermula garang apabila pertahanan import, Antonio Glauder meledak gol pendahuluan pada babak pertama.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Suphanat mencuri tumpuan dengan jaringan penyamaan sebelum bertindak menghantar bola tepat buat Robert Zulj untuk menjaringkan gol kemenangan tuan rumah.

Munoz jelas kecewa dengan kelalaian benteng JDT yang gagal mengekang penyerang berusia 22 tahun itu.

“Kita sudah bercakap sebelum ini tentang Suphanat, penyerang berkualiti tidak boleh dibiarkan bebas dalam kotak penalti.

“Beliau bukan sahaja boleh menjaringkan gol, malah mampu mencipta peluang buat rakan sepasukan.

“Kadang-kadang perkara kecil sebegini yang mengubah keputusan perlawanan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Kekalahan 1-2 itu sekali gus menyaksikan rekod tanpa kalah Buriram ke atas JDT dalam saingan Asia terus berpanjangan, dengan lima pertemuan menyebelahi wakil Thailand.

Harimau Selatan kini perlu segera bangkit apabila kembali ke kancah Liga Super Malaysia menentang Sabah FC pada 21 September ini, sebelum meneruskan kempen ACL dengan harapan lebih positif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN