LONDON: Impian Chelsea untuk menggenggam tiga mata berkecai di saat akhir selepas Brentford menyamakan kedudukan pada masa kecederaan, sekali gus memaksa perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam. Pengendali Chelsea, Enzo Maresca mengakui pasukannya terpaksa menelan kekecewaan apabila kemenangan yang sudah hampir digenggam hilang sekelip mata. “Memang memalukan kerana kami bolos terlalu lewat. Ia sesuatu yang berlaku dalam bola sepak tetapi sepatutnya kami mampu…