Palmer kembali jadi mesin gol The Blues

Palmer kembali jadi mesin gol The Blues

Palmer kini penjaring hatrik terbanyak dalam sejarah Chelsea dengan empat keseluruhan, me­ngatasi semua legenda The Blues terdahulu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOLVERHAMPTON: Cole Palmer kembali membuktikan sentuhan berbisanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) de­ngan meledak hatrik untuk membantu Chelsea menang bergaya 3-1 ke atas Wolves, semalam.

Bintang berusia 21 tahun itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama ketika menentang Everton dan Brighton & Hove Albion, menjadikannya pemain pertama EPL mencapai rekod luar biasa berkenaan.

Lebih manis, Palmer kini muncul penjaring hatrik terbanyak dalam sejarah Chelsea dengan empat keseluruhan, me­ngatasi semua legenda The Blues terdahulu.

Dalam perlawanan itu, Palmer membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-13 sebelum sekali lagi tenang menyempurnakan tugasan dari sepakan penalti pada minit ke-35.

Hatriknya disempurnakan menerusi jaringan padang hasil lorongan Marc Cucurella, sekali gus menutup kemena­ngan bergaya Chelsea.

Aksi cemerlang Palmer turut menjadi jawapan tuntas terhadap spekulasi perpindahan yang mengaitkannya dengan kepulangan ke Manchester, apabila meraikan gol pertamanya dengan menutup telinga sebelum menghadiahkan ciuman ke arah penyokong sen­diri.

“Saya tak beri perhatian kepada perkara se­perti itu. Orang memang suka bercakap bukan-bukan,” kata Palmer.

Di bawah kendalian pengurus baharu, Liam Rosenior, Palmer me­nga­kui kembali menikmati bola sepak selepas mu­sim lalu dibelenggu kecede­raan sehingga terlepas 21 perlawanan dalam semua kejohanan.

“Dia beri kami kebebasan dan keyakinan. Kami bermain tanpa tekanan. Apabila saya benar-benar cergas, saya yakin prestasi saya akan lebih baik,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN