Pedro wira Chelsea benam Villa

Pedro wira Chelsea benam Villa

Joao Pedro
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Joao Pedro membuktikan dia memiliki ketajaman penyudah yang baik apabila meledak hatrik ketika Chelsea membenam Aston Villa 4-1 di Villa Park, semalam.

Kemenangan tersebut menyaksikan The Blues melonjak ke kelompok lima teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), dibezakan jaringan jaringan engan Liverpool ditangga keenam.

Chelsea menghuni tangga kelima dengan 48 mata selepas 29 perlawanan manakala Villa kekal tempa keempat pada 51 mata selepas hanya menang dua daripada sembilan aksi liga terakhir.

Douglas Luiz meletakkan tuan rumah di depan seawal minit kedua, namun itu sahaja detik positif buat Villa apabila Chelsea mengambil alih penguasaan dan tampil lebih klinikal di depan gol.

Hatrik itu menyaksikan Pedro kini mengumpul 14 gol musim ini, manakala Cole Palmer turut menyumbang satu jaringan dalam aksi menggembirakan pengendali baharu, Liam Rosenior.

“Malam ini sangat istimewa buat saya. Hatrik ini hadir pada waktu yang tepat. Selepas tewas kepada Arsenal, kami tunjukkan keinginan sebenar untuk capai sesuatu.

“Kami bangkit dan melakar kemenangan ke atas Villa, rakan sepasukan juga menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit selepas lawan berada dihadapan.

“Tiga mata penuh ini cukup menyakinkan kami untuk terus memburukan kedudukan terbaik, saya berharap kemenangan tidak terhenti di sini,” kata Pedro selepas perlawanan.

Sementara itu, Rosenior gembira dengan prestasi matang yang dipamerkan anak buahnya ketika membentuk kerjasama yang baik dalam menghasilkan empat gol. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN