Gergasi EPL elak 'dibaham' kelab kerdil

Gergasi EPL elak ‘dibaham’ kelab kerdil

AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal yang akan berkunjung ke Mansfield manakala Chelsea berdepan Wrexham pada pusingan kelima Piala FA mahu mengelak daripada menjadi ‘mangsa’ kejutan kepada kelab Liga Kejuaraan dalam perebutan trofi itu.

Wrexham sebelum ini telah menyingkirkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest pada pusingan ketiga musim ini.

Pengendalinya, Phil Parkinson berharap semangat yang pernah mengangkat kelab itu, ketika berada di divisyen keempat menewaskan Arsenal pada Piala FA 1992, dapat dihidupkan kembali.

“Kami perlu percaya tetapi juga faham mentaliti underdog dan apa yang perlu dilakukan untuk menyukarkan Chelsea sehabis mungkin,” kata Parkinson.

Sementara itu, pengurus Mansfield, Nigel Clough yang juga anak kepada salah seorang pengurus legenda, Brian Clough walaupun kejayaan Piala FA masih belum tercapai bagi keluarganya.

Bapanya, Brian Clough pernah mengemudi Derby dan Nottingham Forest menjuarai liga Inggeris dan memenangi Piala Eropah dua kali, namun tidak pernah meraih Piala FA.

Pencapaian paling hampir adalah final 1991 menentang Tottenham ketika Nigel berada di barisan serangan Forest.

Clough senior meninggal dunia pada 2004, namun Nigel terus mengejar impian Piala FA dan kini, pada usia 59 tahun, beliau berpeluang mencetus kejutan berdepan pendahulu EPL Arsenal di Field Mill malam ini.

Clough membawa Mansfield ke pusingan 16 terakhir Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 51 tahun selepas menewaskan Burnley pada pusingan keempat.

Dengan kedudukan Mansfield di tangga ke-16 divisyen tiga, menyingkirkan Arsenal bakal menjadi satu pencapaian luar biasa. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN