Kemalangan perlumbaan pecut suntik semangat Alex

Kemalangan perlumbaan pecut suntik semangat Alex

Pelumba Gresini Racing, Alex Marquez mencium trofi Grand Prix Catalan selepas muncul juara di litar Catalunya, Sepanyol, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Pelumba Gresini, Alex Marquez mengakui kemalangan dalam perlumbaan pecut membakar semangatnya untuk merangkul kejuaraan pada MotoGP Catalunya, kelmarin.

Kejayaan itu turut menamatkan rekod 14 kemenangan berturut-turut abangnya, Marc Marquez dan malah merupakan kali kedua Alex bergelar juara dalam kelas perdana selepas Jerez dan podium Grand Prix (GP) pertamanya sejak Sachsenring.

Alex berkata, dia terlibat dalam kemalangan kerana berasa terlalu yakin ketika mendahului pada perlumbaan pecut dan telah menyebabkannya lebih fokus pada aksi GP Catalunya.

“Kesilapan itu masih menyakitkan, tetapi ia adalah cara terbaik untuk melupakannya sedikit malah, kesilapan itu membantu saya menang hari ini (kelmarin).

“Ketika kemalangan itu, saya saya membrek terlalu lewat di selekoh. Jadi, pada perlumbaan sebenar, saya dapat perbaiki kesilapan,” katanya.

Walaupun menjadi penunggang terpantas dari segi rentak perlumbaan dalam sesi latihan, Alex tidak dapat melepaskan diri daripada pelumba daripada pasukan kilang Ducati sehingga ke peringkat akhir perlumbaan.

“Tidak mudah apabila Marc berada di belakang anda selama 24 pusingan. Saya selalu beritahu kru, ‘jangan letak nama (di papan pit), lupakan saja’.

“Ia sangat sukar kerana dia adalah seorang penunggang yang anda tahu akan sentiasa berada di had, menutup bahagian depan, belakang tetapi dia akan sentiasa mencuba. Jadi anda tidak pernah rasa tenang apabila Marc berada di belakang,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN