LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menjadi pemain pertama memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) buat kali ketiga, semalam. Pemain antarabangsa Mesir itu menerima anugerah berkenaan selepas memainkan peranan besar ketika membantu Liverpool meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertama kendalian Arne Slot. Musim lalu, Salah menjaringkan 29 gol dan mencipta 18 bantuan gol untuk membawa The Reds menjuarai gelaran liga utama England buat…