LONDON: Bekas pertahanan Manchester United, Gary Neville mendakwa pembelian Benjamin Sesko bernilai 74 juta pound (RM421 juta) masih belum mencapai tahap terbaik selepas The Red Devils seri 1-1 menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam. Neville menyifatkan terdapat desakan agar penyerang antarabangsa Slovenia itu diturunkan dalam kesebelasan utama meskipun baru sahaja menyertai skuad kendalian Ruben Amorim dari RB Leipzig. Namun, Sesko sekali lagi hanya beraksi sebagai pemain gantian,…