Man United bida Sesko RM413 juta

Man United bida Sesko RM413 juta

Manchester United sudah menawarkan bidaan rasmi sebanyak RM437 juta untuk mendapatkan bintang Slovenia, Benjamin Seko (kiri). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United optimis akan memenangi perlumbaan mendapatkan penyerang RB Leipzig, Benjamin Sesko, apabila menghantar bidaan rasmi bernilai 73.8 juta pound (RM413 juta).

Menurut pakar perpindahan terkenal, Fabrizio Romano, keyakinan United bertambah kukuh selepas mereka menghantar bidaan rasmi semalam, walaupun Newcastle terlebih dahulu menawarkan 78.2 juta pound (RM437 juta) sehari sebelumnya.

Sumber terdekat mendedahkan, The Red Devils hanya mengemukakan tawaran rasmi selepas menerima isyarat positif daripada pihak Sesko sendiri, yang kini sedang menilai pilihannya bersama ejen dan kelabnya, Leipzig.

Difahamkan, United juga telah menyerahkan draf kontrak kepada pemain berusia 22 tahun itu, sebagai sebahagian daripada usaha meyakinkannya untuk menyertai kempen baharu di bawah Ruben Amorim.

Walaupun belum menerima maklum balas rasmi daripada kelab Bundesliga itu, perpindahan Sesko dijangka diputuskan oleh pemain sendiri, selaras dengan perjanjian tidak rasmi Leipzig untuk membenarkannya pergi jika tawaran yang sesuai diterima daripada kelab pilihan.

Newcastle ketika ini giat mencari pengganti Alexander Isak, yang dikatakan mahu berhijrah ke Liverpool.

The Magpies sudah menolak bidaan 110 juta pound (RM616 juta) daripada Liverpool dan enggan meluluskan pemergian Isak sehingga mereka mendapatkan pengganti yang setara.

Namun, kelebihan dilihat berpihak kepada United kerana Sesko lebih cenderung memilih Old Trafford sebagai destinasi seterusnya, meskipun nilai bidaan mereka sedikit rendah berbanding Newcastle.

United sebelum ini menandatangani Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo dengan jumlah keseluruhan melebihi 130 juta pound (RM728 juta), dan berhasrat membentuk barisan serangan baharu bersama Sesko.

Kehadiran penyerang baharu juga dijangka membuka jalan buat Rasmus Hojlund meninggalkan United dengan RB Leipzig menjadi destinasi paling berpotensi.

Sesko kini menjadi sasaran utama United selepas mereka gagal mendapatkan Liam Delap (Chelsea), Hugo Ekitike (Liverpool) dan Viktor Gyokeres (Arsenal).

Jika perpindahan ini berjaya dimuktamadkan, Sesko bakal menjadi tambahan ketiga utama dalam jentera serangan Amorim selepas Cunha dan Mbeumo. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN