PETALING JAYA: Pelari jarak jauh negara, Kristian Tung mencipta sensasi apabila secara tidak rasmi meleburkan rekod kebangsaan bagi acara 3,000 meter (m) yang berusia 40 tahun. Kristian yang berpangkalan di England melakukan catatan 8 minit 15.81 saat (s) untuk berada di tempat ke-15 daripada 22 peserta pada kejohanan Olahraga BMC MarketAxess, Tooting Bec dekat London, kelmarin. Catatan itu bagaimanapun masih belum mendapat pengiktirafan rasmi daripada Olahraga Malaysia (MA). Rekod 3000m…