JDT turunkan skuad terbaik

JDT turunkan skuad terbaik

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berlatih sebagai persiapan menentang UM Damansara United dalam pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz akan membariskan skuad terbaik ketika berdepan pasukan Liga A1 Semi Pro, UM Damansara United pada aksi pusingan 16 Piala FA 2025/26 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Di atas kertas, Harimau Selatan dijangka tidak berdepan tugas sukar, namun Xisco Munoz menuntut pemain memberi tumpuan penuh dan tidak memandang rendah keupayaan lawan.

“Siapa pun lawan yang akan kita berdepan, saya akan menurunkan kesebelasan yang terbaik.

“Yang penting, pemain yang diturunkan perlu memberikan persembahan terbaik mereka di padang bagi menjamin kemenangan sekali gus memastikan slot ke suku akhir menjadi milik mereka.

“Aspek penting dalam bola sepak adalah komitmen yang dipamerkan oleh pemain tanpa mengira siapa lawan kita, sama ada pasukan kuat atau tidak,” katanya.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu turut menggesa pemain untuk mengekalkan rentak kemenangan setiap kali beraksi di laman sendiri.

“Dalam misi memburu kemenangan, JDT tidak boleh memandang rendah pasukan lawan dan pemain perlu bermain sehabis baik dalam tempoh 90 minit permainan,” katanya.

Munoz turut tidak menolak kemungkinan akan melakukan pergiliran pemain menjelang pertemuan menentang pasukan Liga A1 Semi Pro itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×