MANCHESTER: Penyerang Manchester United, Rasmus Hojlund semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan ke kelab Serie A, Napoli. Menurut laporan, Napoli sedia melengkapkan perpindahan penyerang Denmark itu dengan syarat pinjaman beserta klausa pembelian wajib. Klausa bernilai sekitar 39 juta pound (RM221 juta) itu akan bergantung kepada jumlah penampilan, jaringan dan kelayakan Napoli ke Liga Juara-Juara musim ini. Jika perpindahan dimeterai, United dijangka mengalami kerugian 33 juta pound (RM187 juta) kerana mereka membayar…