Hannah harap prestasi Zii Jia tambah baik

Hannah harap prestasi Zii Jia tambah baik

Hannah Yeoh bersama Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas, Azhan Shafriman Hanif pada sidang akhbar Grand Prix Petronas Malaysia 2025 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyambut baik hasrat pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk beraksi pada Kejohanan Dunia di Paris bermula 25 hingga 31 Ogos ini.

“Sudah tentu positif dan saya juga mahu tengok Zii Jia bertambah baik dalam prestasi beliau dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada Zii Jia dan saya harap Zii Jia akan beraksi dengan baik,” katanya mengenai hasrat pemain itu yang dijangka melakukan kemunculan semula selepas berehat hampir lima bulan akibat kecederaan.

Kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan tiada permohonan penarikan diri daripada Zii Jia menyertai kejohanan tersebut.

Zii Jia yang mempunyai perlindungan ranking di tangga No. 9 dunia, kini menghuni kedudukan ke-52 dunia dan dia tidak beraksi sejak Mac lalu kerana kecederaan buku lali yang dialami pada Jelajah Dunia Akhir, Disember tahun lepas.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Datuk James Selvaraj berharap Lee Zii Jia dapat membuat penampilan pada Kejohanan Dunia selepas lama tidak menyertai mana-mana kejohanan sejak Mac lalu berikutan kecederaan buku lali sejak Disember 2024.

“Dia sepatutnya beraksi di kejohanan ini. Menang atau kalah tidak mengapa sebab dia sudah lama tidak beraksi yang penting dia beraksi pada kejohanan dunia, setidak-tidaknya dia ada masuk satu kejohanan besar.

“Kalau dia berada dalam keadaan baik dan bersedia, elok untuk dia sertai kejohanan ini sebab ramai pemain yang mahu menyertainya,” katanya.

Dalam pada itu, James turut berharap pasukan Zii Jia dapat memaklumkan perkembangan terkini pemain tersebut memandangkan dia bergerak secara profesional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN