Azeem berteka-teki ke Sukan SEA

Azeem berteka-teki ke Sukan SEA

Muhammad Azeem Fahmi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan untuk melihat raja pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi kembali menggegarkan pentas 100 meter (m) Sukan SEA Thailand pada Disember ini semakin kabur selepas tumpuan utama kini terarah kepada kejohanan lebih besar.

Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Manshahar Abdul Jalil mengesahkan pihaknya tidak akan menghalang pemegang rekod kebangsaan 10.09s itu sekiranya keputusan akhir adalah untuk tidak bertanding demi persiapan Sukan Asia dan Komanwel 2026.

“Saya dimaklumkan Azeem akan menduduki peperiksaan semester akhir ketika temasya itu berlangsung. Jadi kami tidak mahu ganggu fokusnya.

“Kami juga akan rujuk jurulatihnya di Amerika Syarikat (AS), Ken Harnden sebelum buat keputusan kerana kita mahu berlaku adil kepada Azeem,” kata Manshahar kepada Mingguan Malaysia.

Beliau menjelaskan, status Azeem bukan sekadar ‘raja pecut negara’, sebaliknya aset berharga negara yang perlu dijaga sebaik mungkin bagi memastikan prestasi optimum untuk tempoh lebih panjang.

Manshahar juga memberi bayangan bahawa Sukan SEA kini bukan lagi medan utama buat pelari berusia 21 tahun itu kerana kalendar 2026 jauh lebih padat dengan acara kelas dunia.

Beliau menjelaskan bahawa di AS, musim rehat adalah pada Disember dan sekiranya dia bertarung di Sukan SEA, pelari kelahiran Teluk Intan, Perak itu tidak akan dapat berehat untuk musim 2026 kelak.

“Segala keputusan bukan di tangan saya tetapi akan diputuskan melalui barisan kejurulatihan, MA (Olahraga Malaysia) dan MSN (Majlis Sukan Negara),” katanya.

Kehilangan Azeem akan memberi tamparan hebat kepada skuad 4x100m negara yang kini masih mencari rentak terbaik selepas prestasi tidak konsisten sepanjang dua tahun terakhir.

Andai Azeem kekal tidak beraksi, Malaysia bukan sahaja bakal kehilangan emas, malah terus menyerahkan takhta pecut Asia Tenggara kepada Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN