Amorim mohon maaf Man. United tersingkir

Amorim mohon maaf Man. United tersingkir

Pemain-pemain Grimsby Town meraikan kejayaan mereka meneruskan saingan Piala Liga selepas menewaskan Manchester United 12-11 menerusi penentuan sepakan penalti, semalam. - GRIMSBY TOWN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GRIMSBY: Pengendali Manchester United, Amorim tidak dapat menyembunyikan reaksi kecewanya serta mengakui prestasi pasukannya benar-benar teruk selepas disingkirkan pasukan kerdil, Grimsby Town dari Divisyen Empat daripada saingan Piala Liga, semalam.

Amorim mengakui penyingkiran itu menutup hampir semua pintu untuk The Red Devils memburu kejuaraan musim ini, dengan hanya Piala FA berbaki sebagai peluang realistik.

United tersingkir selepas tewas kepada keputusan penalti yang diheret kepada kedudukan 12-11 selepas perlawanan sebenar terikat 2-2.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan Amorim sebelum itu ketinggalan 0-2 hasil jaringan Charles Vermam dan Tyrell Warren sebelum bangkit menerusi jaringan Bryan Mbeumo dan Harry Mcguire

“Saya pengurus. Sepatutnya saya faham apa yang berlaku. Tapi saya sendiri tiada kata-kata. Hanya permohonan maaf.

“Pasukan ini ketika ini berdepan masalah lebih besar daripada sekadar keputusan di atas padang.

“Semuanya salah. Cara kami bermula, semangat kami seperti tidak wujud langsung. Saya hanya mahu memohon maaf kepada penyokong.

“Hari ini pemain-pemain saya sudah tunjuk jelas apa yang mereka mahukan,” katanya penuh kecewa.

Kekalahan ini juga menambah derita United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan awal musim.

“Kadang-kadang ini terlalu berat. Anda tidak boleh ubah segalanya hanya dalam satu musim panas. Tapi anda juga tidak boleh bermain sebegini. Saya rasa ini sudah sampai ke hadnya,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini