Swiatek tutup mulut pengkritik

Swiatek tutup mulut pengkritik

Pemain Poland, Iga Swiatek meraikan kejayaan menjulamg trofi Wimbledon selepas menewaskan Amanda Anisimova 6-0,6-0 pada perlawanan akhir di London, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Iga Swiatek bukan sahaja menamatkan penantian untuk gelaran Wimbledon pertamanya, malah kemenangan bergaya 6-0, 6-0 ke atas Amanda Anisimova menjadi jawapan padu kepada pengkritik, terutamanya dari negaranya sendiri.

Bintang Poland itu merayu agar media negaranya memberi ruang selepas merangkul kejuaraan Grand Slam keenam menerusi aksi luar biasa di gelanggang rumput All England Club.

“Beberapa bulan lalu, cara media menggambarkan saya, terutamanya media Poland, bagaimana mereka melayan saya dan pasukan saya, memang tidak menyenangkan.

“Saya harap mereka akan biarkan saya dan beri saya ruang untuk buat kerja saya kerana jelas kami tahu apa yang kami lakukan, dan saya ada pasukan terbaik bersama saya,” kata Swiatek.

Kejayaan itu cukup manis buat Swiatek yang sebelum ini tidak pernah melepasi suku akhir di Wimbledon, sekali gus menjadikan kejuaraan kali ini sebagai sesuatu yang istimewa dan tidak dijangka.

“Di Roland Garros saya tahu saya boleh bermain dengan baik dan tunjukkan kemampuan setiap tahun, tapi di sini saya sendiri tidak pasti dan perlu buktikan kepada diri saya,” jelasnya.

Swiatek, yang lebih sinonim dengan kejayaan di gelanggang tanah liat, turut menyifatkan detik menerima trofi daripada Catherine, Puteri Wales sebagai saat paling mengujakan dalam hidupnya.

“Sejak kecil, saya memang peminat keluarga diraja. Ia satu pengalaman yang menakjubkan dan saya sangat menghargainya,” ujarnya.

Kemenangan itu turut menutup kritikan terhadap prestasi hambarnya pada separuh pertama musim ini, sekali gus membuktikan Swiatek masih berada di landasan tepat untuk kembali menguasai dunia. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN