'Saya tidak mahu terus dikenang sebagai mangsa'

‘Saya tidak mahu terus dikenang sebagai mangsa’

FAISAL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang sensasi Selangor FC, Faisal Halim mahu dikenang sebagai pejuang yang bangkit semula selepas menjadi mangsa simbahan asid yang hampir meragut kariernya pada Mei tahun lalu.

Menurut pemain sayap itu, detik hitam yang melanda hidupnya itu kini menjadi pembakar semangat untuk bangkit lebih garang bagi musim 2025/2026 yang bakal membuka tirai pada 8 Ogos ini.

“Saya tidak mahu terus dikenang sebagai mangsa. Saya mahu dikenang sebagai pejuang yang bangkit semula. Ini bukan fasa pemulihan lagi, ini masa untuk beraksi,” katanya yang lebih popular dengan gelaran ‘Mickey’.

Menurutnya, sokongan moral daripada jurulatih dan rakan sepasukan menjadi antara kekuatan utama yang membuatkannya bersemangat untuk Kembali menggegar dunia bola sepak.

“Setiap hari saya cuba perbaiki diri. Jurulatih dan rakan sepasukan banyak beri semangat. Mereka percaya pada saya, jadi saya juga perlu percaya pada diri sendiri untuk kembali lebih kuat.

“Setiap minit di atas padang kini bukan sekadar aksi biasa, tetapi satu misi peribadi untuk membuktikan dia masih mampu menjulang nama Selangor ke puncak bola sepak tanah air.

“Saya mahu kembalikan aura Faisal Halim yang sebenar. Setiap perlawanan adalah detik penting buat saya. Saya tak mahu sia-siakan peluang ini,” katanya.

Mengulas persiapan Selangor musim ini, Faisal berkata, Gergasi Merah sudah bersedia mengharungi jadual padat termasuk Liga Super, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) .

Selangor bakal membuka tirai musi baharu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 8 Ogos ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN