LONDON: Bayern Munich berminat mendapatkan khidmat Marcus Rashford selepas penyerang Manchester United itu dimasukkan dalam senarai panjang perpindahan ke kelab Jerman itu. Rashford, 27, semakin terpinggir di Old Trafford dan kali terakhir beraksi untuk Red Devils pada Disember lalu sebelum dipinjamkan ke Aston Villa untuk baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Di Villa Park, Rashford mempamerkan prestasi memberangsangkan dengan menjaringkan empat gol serta mencipta enam bantuan jaringan dalam 17 penampilan…