PETALING JAYA: Olahraga Malaysia (MA) menjelaskan keputusan badan induk tersebut tidak menyenaraikan Mohd. Poad Md Kassim bersama enam jurulatih mempersiapkan skuad olahraga negara ke Sukan SEA Thailand 2025 Disember ini disebabkan komitmen masa. Setiausaha Agungnya, Norhayati Karim berkata, keputusan tersebut diambil memandangkan MA mempunyai perancangan strategik bagi menghadapi temasya dwitahunan itu. “Memang sebelum ini kita ada cakap mahu lantik Poad dan dia memang memberi kerjasama penuh dengan MA tapi kena…