LONDON: Manchester United dilaporkan sedang mengadakan perbincangan awal dengan Dominic Calvert-Lewin, dalam usaha mendapatkan penyerang itu secara percuma selepas kontraknya tamat bersama Everton. Tindakan dilakukan The Red Devils dilihat sebagai satu langkah bijak untuk memperkuatkan jentera serangan tanpa melibatkan kos perpindahan. Menurut beberapa laporan, pengurusan baharu United menjadikan Calvert-Lewin sebagai pilihan alternatif menjelang musim baharu, susulan kegagalan kelab itu mendapatkan sasaran utama seperti Viktor Gyökeres dan Victor Osimhen yang menuntut kos perpindahan tinggi. Penyerang berusia 28 tahun itu, yang telah mewakili England di peringkat antarabangsa, menawarkan kombinasi pengalaman dan fizikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya