MILAN: Media Itali menggandakan tekanan terhadap Ferrari agar lebih memberi perhatian kepada maklum balas Lewis Hamilton berikutan prestasi mengecewakan pasukan itu di Grand Prix (GP) Britain minggu lalu. Wartawan La Gazzetta dello Sport, Gianluca Gasparini berkata, sudah tiba masanya Ferrari mendengar maklumat daripada Hamilton jika mereka mahu mengubah nasib pasukan. “Ferrari harus memikirkan masa depan dengan memanfaatkan pengalaman pemandu Inggeris itu. “Mengambil Lewis, bermakna menerima dan oleh itu menyokong, visi kerjanya dan pendekatan terhadap kereta,” lapor akhbar Itali tersebut. Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa pelumba Britain itu mahukan perubahan falsafah,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya