NEW YORK: Bruno Fernandes menyumbat dua gol ketika Manchester United memulakan jelajah Amerika Syarikat dengan kemenangan 2-1 ke atas West Ham dalam siri jelajah Liga Perdana Summer Series di New Jersey, kelmarin. Kapten United itu menghukum dua kesilapan penjaga gol antarabangsa Perancis, Alphonse Areola, untuk memastikan kemenangan pasukan bimbingan Ruben Amorim dalam cuaca terik di Stadium MetLife. Areola melakukan kesilapan untuk kedua-dua gol United, dan walaupun Jarrod Bowen berjaya merapatkan…