Alcaraz cemas sebelum mara

Alcaraz cemas sebelum mara

Carlos Alcaraz membalas pukulan Andrey Rublev dalam saingan tenis Wimbledon di gelanggang kelab All England Lawn Tennis and Croquet Club, London, semalam. AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain tenis No. 2 dunia, Carlos Alcaraz sekali lagi menguji kesabaran peminatnya sebelum menyingkirkan Andrey Rublev untuk mara ke suku akhir Wimbledon dan terus berada di landasan bagi memburu gelaran ketiga berturut-turut.

Pemain Sepanyol itu tewas dalam set pertama kepada pilihan ke-14 dari Rusia di Centre Court tetapi kembali bangkit untuk menang 6-7 (5/7), 6-3, 6-4, 6-4, dengan sorakan padu daripada penonton yang berpihak kepadanya.

Permainan Alcaraz masih tidak menentu dan tidak seperti seperti juara tujuh kali Novak Djokovic dan pemain nombor satu dunia Jannik Sinner yang berada dalam prestasi ‘menakutkan’.

Alcaraz yang dijadual bertemu pemain Britain, Cameron Norrie di suku akhir berkata, Rublev merupakan antara pemain paling bertenaga dan agresif dalam jelajah lelaki.

“Saya rasa saya bermain dengan bijak dan cerdik hari ini menentangnya, dari segi taktikal. Satu perlawanan yang sangat baik, yang saya sangat banggakan,” katanya.

Juara Grand Slam lima kali itu turut berkata dia sentiasa percaya pada dirinya sendiri, walaupun ketika berdepan kesukaran.

“Tenis ialah sukan yang boleh berubah hanya dengan satu mata. Satu mata boleh mengubah keseluruhan perlawanan, membalikkan segalanya.

“Dalam tenis, anda perlu sentiasa berada dalam permainan. Kekuatan mental sangat penting. Saya tahu saya akan bermain lebih baik,” katanya. – AFP/UTUSAN

CAPTIOn
Carlos Alcaraz membalas pukulan Andrey Rublev dalam saingan tenis Wimbledon di gelanggang kelab All England Lawn Tennis and Croquet Club, London, semalam. AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN