PETALING JAYA: Kecederaan lutut yang masih membelenggu jaguh trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menimbulkan kebimbangan kepada skuad berbasikal negara menjelang Kejohanan Dunia di Santiago, Chile, pada 22 hingga 26 Oktober ini. Shah mengalami kecederaan sebelum Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Nilai Februari lalu ketika menjalani latihan, membabitkan sedikit kerosakan pada tempurung lutut. Pengarah teknikal berbasikal kebangsaan, John Beasley mengesahkan masalah itu masih belum pulih walaupun selepas menjalani…