PETALING JAYA: Atlet heptatlon negara, Norliyana Kamaruddin terus menunjukkan peningkatan membanggakan apabila berjaya merangkul pingat emas dalam acara lompat tinggi wanita akhir di Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka Thailand 2025, semalam. Liyana melakukan lompatan setinggi 1.75 meter untuk menewaskan pencabar lain sekali gus menghadiahkan emas buat kontinjen Malaysia di kejohanan berprestij itu. Jurulatih atlet berkenaan, Muhamad Malik Ahmad Tobias, melahirkan rasa puas hati dengan prestasi semasa atlet itu yang disifatkan…










