Jackson cipta lontaran terbaik dunia sejak 2012

Jackson cipta lontaran terbaik dunia sejak 2012

Chase Jackson menguasai acara lontar peluru Kejohanan Iron Woods Classic selepas melakukan lontaran sejauh 20.95 meter, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Juara dunia dua kali, Chase Jackson mencipta sejarah baharu dalam acara lontar peluru wanita apabila melepasi 20.95 meter (m) pada Kejohanan Iron Wood Classic di Amerika Syarikat (AS), semalam.

Catatan itu bukan sahaja mengatasi rekod kebangsaannya sendiri iaitu 20.76m yang dilakukan pada 2023, malah menjadi lontaran terbaik dunia sejak 2012 yang dicatat oleh Nadzeya Ostapchuk dari Belarus iaitu 21.58m di Minsk.

“Agak teruja, tapi saya tahu masih ada lagi yang boleh dikeluarkan,” kata Jackson.

Atlet berusia 31 tahun itu memenangi kejuaraan dunia di Eugene, AS (2022) dan Budapest, Hungary (2023), namun gagal ke final pada penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris tahun lalu.

Atlet kelahiran Texas itu juga merupakan juara empat kali kejohanan kebangsaan dalam kategori dalam dewan dan luar dewan.

Beliau turut meraih pingat perak di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2022 di Belgrade, Serbia serta dua gangsa masing-masing di Glasgow, Scotland dan Nanjing, China tahun ini.

Rekod dunia bagi sukan itu ketika ini masih dipegang oleh atlet Rusia, Natalya Lisovskaya dengan catatan 22.63m pada 1987 iaitu kira-kira 38 tahun lalu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN