Malaysia capai keputusan positif di Mokpo

Malaysia capai keputusan positif di Mokpo

ATLET lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 18.81 meter (m) sekali gus mengatasi 18.78m yang dilakukannya di Sukan SEA Thailand 2025. - OLAHRAGA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih balingan olahraga negara, Mohamad Ali Hamid mengakui berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh atlet kebangsaan dalam Kejohanan Balingan Asia di Mokpo, Korea Selatan, hujung minggu lalu.

 

Ali Hamid berkata, daripada penyertaan kali ini sebanyak dua rekod kebangsaan berjaya dipecahkan selain atlet negara melakukan pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan tersebut.

 

“Kita nampak banyak usaha yang ditunjukkan oleh atlet semasa mengambil bahagian di kejohanan ini malah mereka tetap memberi saingan yang hebat meskipun berdepan cabaran sengit.

 

“Apa-apa pun, mereka telah memberikan yang terbaik pada kejohanan ini,” katanya.

 

Pada kejohanan tersebut, atlet lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 18.81 meter (m) sekali gus mengatasi 18.78m yang dilakukannya di Sukan SEA Thailand 2025.

 

Satu lagi rekod kebangsaan dihasilkan oleh atlet rejam lembing negara, Chai Kai Le yang melakukan 63.13m sekali gus mengatasi rekod Malaysia bawah 20, 62.90m yang sebelum ini dicipta oleh Kho Mei Kwang di Darwin, Australia pada 24 Mei 1999.

 

Mengulas lanjut, Ali Hamid berkata, Kai Le muncul atlet muda negara yang paling menyerlah di kejohanan tersebut selepas kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan bawah 20 yang berusia 27 tahun itu.

 

“Kita baru serapkan dia ke dalam program pelapis dan selepas sebulan berlatih dia telah menunjukkan prestasi terbaiknya. Dia berjaya pecahkan rekod bawah 20 kebangsaan yang mana lama rekod itu bertahan,” katanya.

 

habis

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN