Rekod kebangsaan 33 tahun acara lontar peluru lebur di tangan

Rekod kebangsaan 33 tahun acara lontar peluru lebur di tangan Nani Sahirah

NANI Sahirah berjaya meleburkan rekod kebangsaan bagi acara lontar peluru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM), Nani Sahirah Maryata berjaya meleburkan rekod kebangsaan bagi acara lontar peluru yang berusia 33 tahun pada Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Bukit Jalil, hari ini.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara Bukit Jalil itu, Nani Sahirah berjaya melakukan lontaran sejauh 14.48 meter (m) sekali gus memadam rekod lama kebangsaan yang dipegang oleh Lee Chiew Har.

Tempat kedua dimenangi oleh Nurul Ainin Syauqina M.Nor Azahar dengan lontaran 12.21m manakala, gangsa dimenangi Queenie Ting Kung Nie, 12.20m.

“Saya ada cuba melihat rekod sebelum ini dan saya memang berhasrat untuk memecahkannya.

“Saya sebenarnya tidak percaya, masih seperti mimpi. Saya tak pernah buat 14m sebelum ini dan saya bersyukur serta berterima kasih kepada jurulatih, ibubapa dan rakan yang sentiasa memberikan sokongan,” kata atlet dari Kuantan, Pahang yang berumur 21 tahun itu.

Atas kejayaannya memperbaharui rekod kebangsaan, Nani Sahirah menerima insentif sebanyak RM3,000 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya