PETALING JAYA: Negeri Sembilan FC (NSFC) berharap gandingan Luqman Hakim Shamsuddin bersama Muhammad Hadin Azman mampu memastikan jentera serangan skuad Hobin Jang Hobin lebih ‘berbisa’ pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025-26. Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus berkata, khidmat Hadin terus ditagih skuad Hobin Jang Hobin apabila kontraknya disambung untuk musim kedua dan kedatangan Luqman dijangka mampu menambah sengat kepada jentera serangan Negeri Sembilan. Katanya, pihak kelab juga…