PETALING JAYA: Jurulatih hoki berpengalaman negara, Nur Saiful Zaini Nasiruddin kembali mewarnai sukan tersebut apabila dia dipertanggungjawabkan untuk membimbing skuad remaja kebangsaan. Tugas getir menanti Nur Saiful apabila dia hanya mempunyai masa yang terhad bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Piala Dunia Remaja di Chennai, India pada 28 November hingga 10 Disember ini. Nur Saiful yang pernah menggalas tugas sama dari 2016 hingga 2020 berkata dia memerlukan barisan pemain berkualiti dengan memberi keutamaan terhadap tahap kecergasan serta pengalaman beraksi di pentas antarabangsa. “Di peringkat Asia, pasukan ita berada di nombor empat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya