Pemecatan Hamzah cetus protes ahli keluar Bersatu

Pemecatan Hamzah cetus protes ahli keluar Bersatu

Ketua Menteri Sabah
HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka lumpuh dengan akar umbinya dijangka protes dengan keluar dari parti selepas pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ketua Bahagian Bersatu Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq berkata, pemecatan Hamzah sudah dijangka dari awal dan bukan lagi kejutan kerana perasaan tidak senang oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Ketua Pembangkang itu.

Menurut beliau, pemecatan Ahli Parlimen Larut itu akan menyebabkan gelombang besar dalam Bersatu dengan ramai ahli akan bertindak keluar dari parti kerana kecewa dan merasa tidak adil dengan tindakan terhadap Hamzah.

“Mereka (kumpulan Muhyiddin) sudah berjaya buang Hamzah tetapi percayalah per­kara ini akan backfire (serangan balik) kepada Bersatu, parti akan semakin lemah dan bukannya semakin kuat dengan tindakan seperti ini.

“Saya tidak tahu apa yang ada di dalam kepala Muhyiddin dengan orang-orang sekelilingnya, mungkin mereka merasakan pemecatan Hamzah akan beri kelebihan untuk mentadbir atau membawa Bersatu ke tahap lebih tinggi.

“Tetapi ini silap, apabila Bersatu buang pemimpin seperti Hamzah yang banyak menyumbang kepada parti maka akan rugi dan lemah. Saya percaya ramai akan meninggalkan parti selepas ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam media melaporkan Hamzah dipecat kerana didakwa mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan Muhyiddin.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin memutuskan bahawa Hamzah dipecat serta merta kerana melanggar Perlembagaan Bersatu.

Ketua Bahagian Bersatu Raub, Datuk Mohd. Fakruniam Ibrahim berkata, pemecatan Hamzah tidak mengikut Perlembagaan Bersatu dan dibuat kerana sifat kerakusan kuasa Muhyiddin bersama sekutunya.

Katanya, keputusan Lembaga Disiplin Bersatu dibuat berdasarkan pandangan kumpulan minotiri sedangkan majoriti ahli parti bersama Hamzah.

“Majoriti akar umbi tidak bersama dengan Presiden, Muhyidin secara bersendiri bertindak semberono dan sudah berubah. Pada pandangan saya, Bersatu akan lumpuh selepas ini.

“Pada pandangan mereka (kumpulan Muhyiddin), hanya 20 hingga 30 Bahagian sahaja yang bersama Hamzah tetapi sebaliknya, saya menjangkakan hampir 120 Bahagian bersama dengan Hamzah,” katanya.

Tambahnya, imej Bersatu sudah rosak dan buruk disebabkan tindakan Muhyiddin bersama kumpulannya itu.

“Memang sudah tidak boleh naik lagi, jadi apa yang terbaik bagi pimpinan Bersatu diperingkat bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen, kita akan tengoklah nanti,” katanya.

“Mungkin wadah, baju atau muka baharu tetapi masih dalam konteks Perikatan Nasional (PN), katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN