PETALING JAYA: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi memberi isyarat besar untuk memecahkan rekod kebangsaan 100 meter (m) sekali lagi apabila mencatat masa luar biasa 10.01 saat (s) pada sesi kelayakan Kejohanan Trek dan Padang Universiti Appalachian di Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS), kelmarin. Walaupun catatan itu tidak diiktiraf kerana bantuan angin melebihi had (+4.7), ia cukup untuk mengesahkan lonjakan prestasi pelari sensasi Malaysia itu menjelang kepulangannya ke tanah air…










